Pages

Sunday 11 December 2011

Q&A: Cara Cuci Cloth Diaper

Bagaimana untuk mencuci cloth diapers
Jika anda menggunakan cloth diapers lambat laun anda perlu mencucinya. Jangan risau, anda BOLEH mempunyai diapers yang bersih dan segar dengan usaha yang sedikit. Mencuci cloth diapers perlukan jagaan yang lebih sedikit berbanding mencuci baju, tetapi anda akan dapati ia mudah bila anda dah biasa dengan rutinnya menggunakan sabun yang berkesan. Untuk mendapatkan rutin yang sesuai, mulakan dengan beberapa langkah asas kemudian boleh cuba variasi yang lain untuk sesuaikan dengan keadaan, jadi pastikan pilih cucian yang terbaik untuk anda. Saya juga sertakan beberapa tips untuk diikuti sebagai tambahan agar cucian cloth diapers anda menjadi lebih mudah!

Adakah anda tahu cara yang betul cuci cloth diapers?
Jika anda tanya bagaimana untuk cuci cloth diapers pada 10 keluarga, anda mungkin akan mendapat Sembilan jawapan yang berbeza. Apa yang sesuai untuk satu keluarga mungkin tidak sesuai untuk keluarga yang lain, jadi bagaimana untuk anda tahu rutin cucian mana yang paling sesuai untuk anda? Sebenarnya, cara yang “betul” untuk mencuci cloth diapers adalah bergantung kepada apa jenis diapers yang anda ada, apa jenis air yang anda ada (panas/sejuk), apa jenis sabun cucian yang anda ada, apa jenis washing machine yang anda ada (front loading/top loading) dan sebagainya.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Diapers yang Baru
Saya tahu anda pastinya tak sabar nak cuba cloth diapers pada anak anda. Tapi sebelum tu, luangkan sedikit masa untuk baca tips berikut:
• Cuba diaper baru sebelum memulakan cucian. Alas dengan kain atau wipes yang kering sebagai penghalang agar diaper bersih. Ini untuk pastikan yang diaper tersebuat muat/padan untuk anak anda.
• Jika ada sebarang tanda pada cloth diapers, hanya tanggalkan dengan air sejuk yang bersih.
• Keluarkan inserts dari pocket diapers.
• Cuci cloth diaper beberapa kali untuk menanggalkan bahan kimia tersisa dan untuk meningkatkan daya serapan cloth diaper.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Cucian Asas
Ini adalah cucian yang asas. Ikuti langkah-langkah ini dan anda akan dapati ia permulaan yang bagus.
1. Buang sebanyak mungkin najis yang kelihatan ke dalam mangkuk tandas jika anak anda tidak breasfeed sepenuhnya. Sesetengah orang menggunakan liner di dalam cloth diaper untuk memudahkan bahagian ini.
2. Pastikan cuci(prewash) dan bilas(prerinsing) dengan tangan cloth diapers sebelum masukkan ke dalam baldi.
3. Masukkan diapers yang telah dicusi ke dalam baldi.
4. Cuci cloth diapers setiap 2-3 hari untuk elakkan bau dan kotoran degil.
5. Masukkan ke dalam washing machine. Pilih water level yang maksimum.
6. Gunakan hanya ¼ daripada amaun yang disyorkan oleh pengeluar sabun. Sebaiknya gunakan sabun cuci biasa yang tidak mempunyai bahan peluntur dan bahan kimia terlampau.
7. Lakukan bilasan tambahan (extra rinse)
8. Sebelum jemur, periksa cloth diaper jika kelihatan kotoran degil yang masih belum tanggal.
9. Jemur di bawah cahaya matahari adalah yang terbaik.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Kepelbagaian Cucian
Cubalah salah satu cara berikut sebagai variasi kepada cucian diapers anda. Jika yang pertama kurang, cuba cara yang lain pula.
• Campurkan sedikit baking soda ke dalam rinse pertama washing machine anda untuk menghilangkan bau dan membantu menanggalkan kotoran.
• Guna 1/2 sehingga 1 cawan cuka pada bilasan terakhir untuk melembutkan diapers dan menghilangkan bau..
• Cuba campurkan 1/2 cawan jus lemon ke dalam kitaran cucian washing machine untuk membantu menanggalkan kotoran.
• Beberapa titik Tea Tree Oil boleh digunakan pada bilasan terakhir untuk membantu menghilangkan bau.

Tips Semasa Mencuci Cloth Diapers
• Jika washing machine anda mempunyai presoak cycle, cuba gunakan. Ia membantu untuk menanggalkan kotoran sebelum cucian sebenar.
• Jika kotoran dari najis tak nak tanggal, jangan risau. Cuma perlu masukkan sedikit Baking Soda ke dalam cucian dan pastikan jemur di bawah sinar matahari.
• Matahari adalah penanggal kotoran yang terbaik.
• Jauhkan baldi yang berisi cloth diaper dari kanak-kanak.
• Elakkan sabun cuci yang mempunyai haruman terlampau yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit bayi yang sensitif.
• Elakkan fabric softener kerana boleh mengurangkan daya serapan.
• Elakkan mencuci terlalu banyak cloth diaper dalam satu-satu masa. Memadai dengan 2 dozen (24 keping) cloth diaper, jika anda inginkan cucian yang bersih.

sumber: ummu humaira http://www.littlepreciousgarden.com

No comments:

Post a Comment