Pages

Sunday 11 December 2011

Berkenalan dengan CD: Apa itu Cloth Diapers?

masuk bulan ke 4, ekal dah kena rashes kat montot..abes merah2 montot ekal...dah la mase tu ibu sorang jaga ekal ayah plak kena g kursus 6 bulan (sedey kowt!!)..

a friend of mine yang introduce Cloth Diapers a.k.a CD kat ibu..katenye leh prevent rashes...

baby rashes-thanks mr G

 APA ITU CLOTH DIAPERS?

Ada sesetengah antara anda yang telah sedia maklum tentang apa yang dimaksudkan dengan cloth diaper dan mungkin pernah terbaca artikel tentang cloth diaper. Tapi bagi yang pertama kali dengar tentang cloth diaper mungkin ternya-tanya apa tu cloth diaper?

Erm.. kain lampin putih tu ke atau another type of disposable diaper. Cloth diapering today is not what it used to be. Bila kebanyakan parents fikir tentang cloth diaper mesti ingat kain lampin 4 segi yang perlu dilipat dan dipin dan dibalut dengan seluar plastic diluarnya. Parents juga akan fikir bagaimana susah dan renyah masa nak cuci bila guna cloth diaper.

It seems as though many parents have missed the total evolution of the cloth diaper that has occurred over the past decade or so.

Pilihan terbaru dalam menggunakan material yang berteknologi tinggi telah menyebabkan ramai parents yang pertimbangkan semula adakah penggunaan disposable diaper adalah pilihan yang terbaik.

Fabric luaran cloth diaper diperbuat daripada fabric yang berkualiti tinggi. Fabric jenis ini lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah untuk digunakan, dijaga dan dicuci. Fabric jenis ini dikenali sebagai PUL atau fabric polyurethane laminate yang dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.

Bahagian dalaman cloth diaper bagi jenis yang berpoket dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert yang diperbuat daripada jenis suede atau microfleece yang dapat menarik cecair jauh dari kulit bayi. Jadi apabila lampin ditanggalkan, anda dapat lihat kulit bayi masih dalam keadaan kering. Kain jenis ini juga kalis kotoran jadi najis bayi akan mudah tanggal.

Insert pula mempunyai tiga lapisan penyerapan yang diperbuat daripada kain serat mikro (microfiber) atau hemp jadi anda tidak perlu risau lagi dengan sebarang kebocoron kerana cloth diaper bukan saja memiliki dua tapi tiga lapisan serapan.

Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) atau aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Jadi cloth diaper kini sangat mudah untuk digunakan semudah menggunakan disposable diaper.

Cloth diaper hari ini pastinya sangat comel dan menawan kerana ia didatangkan daripada pelbagai jenis warna dan pattern yang menarik.

Jadi persoalannya, kenapa perlu gunakan disposable diaper? 

sumber: http://www.littlepreciousgarden.com

No comments:

Post a Comment