Pages

Sunday 11 December 2011

Cara Cuci Cloth Diaper

Mula-mula, apabila menerima CD yang baru dibeli, anda perlu buat pre wash dulu. 

PRE-WASH
pendek kata, cd tu perlu dibasuh-jemur- kering-basuh-jemur-kering-basuh-jemur-kering (3 kali semuanya), tp kdg2 sesetengah org, dua kali pun dah ok.

lepas PRE-WASH, cd tu dah blh pakai. 
 
Konsep Prewash:
basuh-jemur (1kali)
basuh-jemur (2 kali)
dan seterusnya mengikut sepertimana arahan di atas.

Tujuan Prewash:
bertujuan untuk menghilangkan residu / kotoran dari kilang dan meningkatkan lagi proses serapan basahan.

membuang minyak yang terdapat pada material bamboo/hemp.

melatih inner juga insert untuk menyerap basahan secara maksimum.

Kalau tak prewash? 
pesan saya: jika CD anda leaking, atau pakai sekejap dah bocor, pihak saya tidak bertanggungjawab. 

lepas tu, CD yg dah kotor dgn kencing atau poo baby, perlu dicuci. 
kadang2 cara pencucian yang salah akan menyebabkan timbulnya masalah CD BOCOR dan ruam.

diharapkan penerangan ini dapat memberikan gambaran bagaimana untuk mencuci cd anda.


1. asingkan cd (pocket pant) dan insert.

2. bilas basahan (kencing) atau buang poo (jika ada) dengan air yang banyak untuk insert. untuk cd pun sama juga. sbb inner pun terkena kencing juga kan?

3. selepas selesai dibilas, cd dan insert dimasukkan ke dalam laundry bag (untuk menjaga kualiti jahitan cd dan insert)

4. kemudian masukkan cd dan insert ke dalam mesin basuh, masukkan SEDIKIT SABUN SAHAJA dan basuh seperti biasa, (sesetengah orang akan set mesin basuh dalam mode SOAK), terpulang pada kehendak dan keselesaan individu.

5. selepas selesai dibasuh, cd blh dijemur. seelok-eloknya di bawah sinaran cahaya matahari. kesan-kesan kekuningan pada insert dan inner akan hilang jika dijemur bawah cahaya matahari.


AMARAN: tolong JANGAN gunakan sabun yang mengandungi PELUNTUR atau PELEMBUT atau kedua2nya sekali kenapa? ~saya gune sabun sunlight je-sbb sunlight takdeagen peluntur/pelembut~


peluntur akan merosakkan microfiber insert dan pelembut akan membina satu lapisan pada inner CD dan insert. so insert tak dapat menyerap basahan secara maksimum. 


kesannya? cd bocor atau ruam akan berlaku. 


MAKIN KERAP INSERT DAN CD DIBASUH, MAKA DAYA SERAPANNYA MAKIN TINGGI.
dan kadang2 anda akan merasakan insert microfiber anda makin keras, dan untuk mengelakkannya berlaku, anda blh lakukan STRIPWASHING sebulan sekali. 

happy cloth diapering!!! sangat senang dan menjimatkan..

TIPS BELI CD: jangan beli secara pukal (BANYAK2) walaupun harga yg ditawarkan murah. cuba sehelai dua dan perhatikan keserasian anak anda.


jika beli dengan saya, insyaAllah, saya akan beri guide anda, tanyakan saja jika ada yang menjadi kemusykilan. saya jawab mana yang termampu. saya bukan bagi penyelesaian, saya bagi cadangan sahaja.kEPUTUSANNYA? anda yang tentukan.

No comments:

Post a Comment